Monday, August 9, 2010

SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

KUMPULAN F33

PENSYARAH : EN.NASROL HADI BIN AHMAD SHUKERI

TEMA : SOSIAL (ANTARA KESULITAN KE ARAH GLOBALISASI)

Tuesday, August 3, 2010

PENGENALAN


Pada era globalisasi yang semakin mencabar,banyak negara membangun sedang berusaha memperkembangkan negara mereka supaya mampu bersaing di antarabangsa dan mencapai status negara maju.Namun , berbagai masalah telah menghalang negara-negara membangun itu menuju ke arah globalisasi.Salah satu fenomena yang mengancam negara-negara itu ialah kemiskinan.

Secara umumnya,kemiskinan ialah satu keadaan di mana seseorang itu kekurangan bahan-bahan keperluan hidup.Dalam masyarakat moden,kemiskinan biasanya disamai dengan masalah kekurangan wang.

-kemiskinan sebagai satu keadaan di mana wujudnya kekurangan mendapatkan keperluan asasi.

Kemiskinan biasanya boleh dijelaskan dalam 2 aspek iaitu ekonomi dan sosial,

-Dari segi ekonomi,keadaan ini dikatakan timbul ketiadaan atau kekurangan kemampuan disebabkan oleh tingkat pendapatan,pemilikan dan pekerjaan yang rendah.

-Dari segi sosial pula , golongan yang dikatakan miskin itu menduduki lapisan bawahan dalam sistem susunlapis masyarakat.

OOI JUNWEI 206177

KISAH KEMISKINAN


Begini ceritanya…
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu yer…….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba
membantunya setakat yan
g mampu
RAPIDAH BINTI ADAM 207625

PUNCA-PUNCA KEMISKINAN



Terdapat beberapa faktor disenaraikan bagi menjelaskan punca kemiskinan menular di negara ini. Antaranya :

Kos sara hidup yang tinggi

Bagi kelompok yang berpendapatan rendah, agak sukar bagi mereka untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat. Lebih membebankan lagi bagi mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pengangguran

Di kala ini,persaingan untuk mendapatkan pekerjaan semakin sengit. Tambahan, ada segelintir golongan yang cerewet dalam memilih pekerjaan.

Kemiskinan tegar

Kelompok yang tergolong dalam kategori ini merupakan golongan yang enggan memajukan diri mereka. Mereka lebih gemar hidup dalam suasana yang serba daif dan hanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan khas mahupun daripada individu-individu tertentu.


NURUL FATHIAH BINTI MOHNI 207638

KESAN KEMISKINAN KEPADA INDIVIDU

Terdapat pelbagai kesan kemiskinan di Malaysia.Antara kesan terhadap individu ialah

1.Individu tidak dapat melanjutkan pelajaran akibat kekangan wang.

• Sebagai contoh individu tidak dapat menyambung pelajaran kerana ibubapa yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap.Oleh itu,pelajar atau individu tersebut terpaksa berhenti belajar dan beruasaha mencari pekerjaan untuk membantu ibu bapa bagi mendapatkan sumber rezeki.

2.Emosi individu sering terganggu iaitu mudah tertekan dan tidak tenteram.

• Individu miskin seringkali berasa terpinggir apabila bergaul dengan golongan kaya .Keinginan mereka untuk mencapai status setaraf dengan orang kaya mendorong mereka mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang .Oleh itu,individu mudah terpengaruh tanpa memikir panjang dan mengambil langkah mudah untuk mendapatkan wang dengan melakukan gejala-gejala yang tidak baik seperti menjual dadah,melacurkan diri dan bekerja di kelab-kelab malam.

ANIS SYAHIRA BINTI AHMAD ZAIDI 207692

KESAN KEMISKINAN KEPADA KELUARGA


1.KEMEROSOTAN PENCAPAIAN AKADEMIK ANAK-ANAK.

-Anak-anak dari keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi adalah lebih maju dalam pendidikan dan memperolehi tiggi gred pencapaian berbanding anak-anak status ekonomi rendah.
-Hal ini demikian kerana,dalam keadaan status sosioekonomi yang dapat menikmati kemudahan dan persekitaran yang selesa untuk perkembangan pembelajaran yang cemerlang.
-Contoh anak-anak status ekonomi rendah tidak dapat menikmati pelajaran tambahan seperti tuisyen,motivasi dan lain-lan..


2.KEMISKINAN MENYEBABKAN KEGANASAN RUMAHTANGGA.

-Keganasan dalam keluarga disebabkan tekanan hidup dan kaitannya dengan kedudukan kewangan yang tidak kukuh menyebabkan pergaduhan atau konflik yang berkisar mengenai isu-isu kewangan,suami isteri yang tidak saling memahami dan sebagainya.
-Kesempitan wang dan tekanan hidup memaksa keluarga mencari jalan sinkat untuk keluar daripada masalah kewangan,lalu meminjam wang dengan ceti haram atau “ALONG”.hal ini menyebabkan,penghutang tidak mampu membayar balik pinjaman ,ahli keluarga penghutang menjadi mangsa atau tuntutan along.


3.KECICIRAN SEKOLAH ANAK-ANAK KERANA KESEMPITAN WANG.

-Kesannya,anak-anak sukar mendapatkan pekerjaan terutama pekerjaan yang melibatkan kemahiran teknologi menyebabkan peluang tipis untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi kerana tidak memiliki kelayakan untuk pekerjaaan.
-Kesan lain,menyebabkan anak-anak melibatkan diri dalam gejala sosial seperti mencuri,meragut,gangsterisme,dan mengedar dadah untuk memenuhi kehendak.

DARIPADA:TIUM CHENG YONG(206234)

Monday, August 2, 2010

KESAN KEMISKINAN KEPADA MASYARAKAT


(i) Meningkatnya Kadar Jenayah

Situasi kemiskinan mampu menggugat ketenteraman masyarakat serta kemajuan umat. Kecenderungan untuk berlakunya jenayah dan kekejaman akan meningkat sekiranya masalah kemiskinan tidak diatasi. Masyarakat yang ramai dikalangan mereka terdiri dari golongan miskin tidak akan dihormati.Isu ini akan menyebabkan negara dalam keadaan yang tidak aman dan sentiasa huru-hara.

(ii) Kesan Ke Atas Gunatenaga

Kesan negatif krisis ke atas output menyebabkan masalah gunatenaga turut berubah. Krisis ekonomi menyebabkan kerajaan telah mengurangkan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan sebanyak 2%, menangguhkan pelaksanaan projek besar dan mengkaji semula pembelian barangan luar negara oleh agensi awam. Tindakan ini menyebabkan ramai orang menganggur dan ini termasuk projek besar Bakun di Sarawak yang dihentikan pelaksanaannya. Peluang pekerjaan semakin berkurangan. Banyak kilang-kilang kecil terpaksa ditutup kerana tidak berupaya meneruskan urusniaga. Malah, sejumlah besar pekerja-pekerja bank turut diberhentikan perkhidmatan mereka kerana bank tidak berupaya menampung kos upah yang dianggap sebagai beban semasa krisis melanda.


(iii) Kesan Ke Atas Pendidikan Dan Kesihatan

Kebanyakan keluarga yang menghadapi penurunan dalam pendapatan isirumah benar akan mengurangkan penyertaan anak-anak mereka dari bidang akademik. Pada masa yang sama, dengan pendapatan yang berkurangan, mereka turut mengurangkan penggunaan kemudahan kerajaan dan swasta dan ini menurunkan standard kesihatan rakyat. Isu ini akan menimbulkan pelbagai gejala lain termasuk penyakit berjangkit,kebakaran,banjir
dan kekotoran yang lampau.



PHUA BOH TECH 206225

STRATEGI DALAM MEMBASMI KEMISKINAN

Peranan Individu dan Keluarga.

-Ahli keluarga memberi galakan dan sokongan moral kepada anak-anak mereka supaya tekun belajar.

-Lokus kawalan dalaman mendorong individu untuk membantu keluarga keluar dari belenggu kemiskinan.

Peranan Masyarakat.

-menjalankan aktiviti amal bagi membantu golongan miskin seperti membaikpulih kediaman dan kemudahan asas.

-memberi sumbangan keperluan asas kepada keluarga miskin.


NORA IDAYU BINTI MUSTAFA 206541
Peranan Kerajaan

-kelebihan peluang pelajaran kepada golongan miskin .


-Meningkatkan mutu hidup penduduk miskin .



-Wujudkan strategi dalam mengurangkan penggangguran .



-Wujudkan subsidi beras pada golongan miskin .


AZURA BINTI AZAI 207626

VIDEO KEMISKINAN

NG CHIN SEONG 206506

PENUTUP

Kesimpulannya,kemiskinan merupakan satu masalah yang serius pada zaman globalisasi ini.Masalah kemiskinan bukanlah ditakdirkan oleh Tuhan semata-mata,tetapi disebabkan oleh dimensi manusia dan dimensi masyarakat.Dimensi manusia bermaksud kelemahan seseorang individu yang ketara menyebabkan individu masyarakat mengalami masalah kemiskinan walaupun berada dalam suatu masyarakat yang penuh dengan peluang rezeki.Contoh dimensi manusia seperti tabiat berjudi,ketagihan dadah dan personaliti individu.Dimensi masyarakat telah menyebabkan masalah kemiskinan kerana terdapatnya masalah sosio-ekonomi contoh seperti berlaku peperangan dan ketidakadilan sosial.Masalah ini telah member impak yang sangat besar bukan sahaja bagi aspek negara,tetapi bagi aspek masyarakat ,dan individu sendiri.Justeru, pelbagai tindakan yang efektif sama ada dari pihak kerajaan, pihak bukan kerajaan, masyarakat dan paling penting adalah individu sendiri perlulah dilaksanakan dan diperbaiki agar masalah kemiskinan ini dapat diatasi dengan sepenuhnya.

KHOH SIN WEI 206193